Umrah Santai

Bismillah... Alhamdulillah... Terima kasih Ya Allah... 

Assalamualaikum wbt... Selawat dan Salam keatas Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW, keluarganya serta Sahabat-sahabat Nya.

Alhamdulillahirobbilalamin dengan limpah dan kurniaNya dapat kita bertemu di laman Umrah Santai yang tak seberapa ini. 

Saya bernaung di bawah Syarikat Ummi Balkis Travel & Tours Sdn Bhd. Syarikat yang mempunyai Lesen Khas Umrah. Syarikat yang berpengalaman lebih dari 10 tahun mengendalikan pelancongan dalam dan luar negara.  


Baru kali ini saya terfikir untuk membuat blog saya sendiri selain dari blog syarikat dan laman sesawang syarikat. Alhamdulillah tercapai juga hasrat saya ini. Jom kita mulakan cerita.

Pada cuti hujung tahun 2018 yang lalu, membuka peluang lagi kepada saya untuk membawa seramai 100 orang jemaah ke Tanah Suci Mekah dan Madinah untuk menunaikan Umrah. Jemaah saya ada yang dari Sabah dan Kuala Lumpur selain Alor Setar. 

Sebahagian dari 100 orang jemaah dihadapan Kaabah di Masjidil Haram

Tujuan saya bukan untuk menceritakan tentang perkara-perkara yang perlu dilakukan ketika umrah. Lagi pun tak susah untuk anda mendapatkan info mengenainya. Kursus-kursus umrah banyak dianjurkan oleh pengelola umrah, dan ada juga yang diadakan bukan hanya untuk jemaah masing-masing, malah turut terbuka secara percuma untuk orang ramai.

Saya hanya ingin berkongsi pengalaman apa yang dikatakan "Umrah Santai." Mutawwif kami di Mekah dan Madinah akan membawa jemaah-jemaah ketempat bersejarah di sekitar Mekah dan Madinah seperti tempat-tempat kebiasaan Mutawwif lain bawa. Setelah selesai sesi lawatan, semua jemaah akan dibawa pulang ke hotel dan berehat. 

Saya akan mengambil peluang membawa para jemaah melawat tempat bersejarah yang jarang-jarang dibawa oleh Mutawwif. Contohnya ke Masjid Saidina Ali Bin Abi Talib, Masjid Saidina Abu Bakar As-Siddiq, Masjid Ghamamah, Masjid Bilal Bin Rabbah, Muzium Al-Quran, Muzium Nabi Muhammad SAW dan mengambil peluang serta pengalaman menaiki bas "Hop On Hop Off" mengelilingi disekitar Kota Madinah. Jika ada banyak masa terluang, jemaah juga akan dibawa melawat Stesen Keretapi Haramain dengan sedikit kos pengangkutan.

Itulah sedikit sebanyak yang dapat saya ceritakan pengalaman ketika membawa jemaah ketempat selain dari kebiasaan jemaah dibawa. 

Sekiranya cerita ini bermanfaat buat anda dan ingin turut serta bersama saya, jom kita pakat-pakat pi hujung tahun ini, In Syaa Allah...
Baca hingga selesai untuk mengetahui apa itu "Umrah Santai."

PENDAFTARAN TELAH DI TUTUP

Flyer Umrah 12 Hari 2019


Flyer Umrah 25 Hari 2019


PAKEJ KAMI
1.  Umrah Akhir Tahun (12 Hari 10 Malam)
2.  Umrah Istimewa (25 Hari 23 Malam)

TEMPOH PAKEJ 
Apa yang paling menarik perhatian jemaah adalah tempoh pakej umrah yang ditawarkan. Rata-rata pakej umrah yang ditawarkan adalah selama 12 hari 10 malam, termasuk hari perjalanan pergi dan balik. Ini menjadikan tempoh di tanah suci hanya sekitar 10 hari sahaja, sedangkan sesetengah jemaah berharap untuk dapat berada di Tanah Suci selama lebih kurang 3 hingga 4 minggu. 

Ummi Balkis Travel & Tours Sdn Bhd juga menawarkan pakej selama 28 hari 26 malam. Kami bertolak pada 5 Disember 2018, dan tiba semula di Kuala Lumpur pada 2 Januari 2019. Jika dikira semula, pakej kami sebenarnya adalah selama 28 hari termasuk hari perjalanan. 


Admin dengan famili

Fleksibiliti 
Kami membawa seramai 100 orang jemaah kesemuanya, ada jemaah yang memilih pakej 12 hari sahaja, disebabkan tuntutan tanggungjawab dan tugas masing-masing dan ada yang memilih pakej 28 hari. 

Penerbangan terus dari Kuala Lumpur dengan Saudi Airlines ke Madinah mengambil masa selama lebih kurang 10 jam. Syarikat Saudi Airlines ada menyediakan 2 kali makan dan minum selama jemaah berada didalam kapal terbang. 

Makan time...

Penginapan
Kami di Ummi Balkis Travel & Tours Sdn Bhd menawarkan pakej yang selesa kepada para jemaah. Pakej ini sangat sesuai bertujuan untuk memudahkan para jemaah seperti kanak-kanak dan warga emas untuk berulang-alik ke masjid. Jarak hotel dengan Masjid adalah lebih kurang 50 meter sahaja. 

Di Madinah kebiasaannya kami menempah Hotel Concorde Dar Al-Khair dan di Mekah pula Hotel Safwah, kedua-dua hotel ini sangat dekat dengan masjid. Anda tak perlu risau. In Syaa Allah kami cuba uruskan sebaik mungkin untuk keselesaan jemaah kami.   




Hotel Concorde Dar Al-Khair Madinah

Pemandangan Hotel Safwah dari tingkat atas Masjidil Haram

Ziarah Tempat Bersejarah
Tempat-tempat ziarah adalah seperti di Raudhah, Masjid Quba, Masjid Qiblatain, Masjid Tujuh lokasi berlakunya perang Khandaq, Jabal Uhud, ladang kurma, Jabal Tsur, Jabal Nur, Jabal Rahmah, Padang Arafah, Jamaraat dan kawasan-kawasan sekitarnya.

Pemandangan didalam Raudah
















Waktu ziarah Raudah untuk Kaum Muslimah (Perempuan)

Tiang-tiang didalam Raudah

Pemandangan di Perkuburan Baqi'

Para Jemaah sedang menikmati Pemandangan dan suasana di Ladang Kurma

Jabal Thur dari jauh

Bermulanya "Umrah Santai." Mekah
Saya serta jemaah lain baru saja selesai mengerjakan Umrah pagi ni, sat lagi kena bertugas untuk bawa jemaah kurang upaya dengan kerusi roda yang dipinjam dari hotel. Bermula dari tawaf 7 keliling Baitullah, kemudian solat sunat tawaf 2 rakaat dibelakang Maqam Nabi Ibrahim, minum air zam-zam, terus tolak dia untuk melakukan sae dari Bukit Safa ke Bukit Marwah 7 kali pergi dan balik, akhir sekali bergunting atau tahlul. Alhamdulillah selesai... Ini adalah sebahagian servis yang kami ada.

Tapi tuan-tuan tau dak, sementara nak habis semua tu..., Masya Allah Tabarakallah... penat tak tau nak habaq... uhuhuuuuu.... Merecik peluh dari kepala sampai tapak kaki wwoooo... Lepas tu berbaloi-baloi saya dapat upah SAR500.00 (untuk seorang jemaah). Bayangkan kalau sehari boleh dapat 2 orang, Allah... syoknyaaa... Gelak besaq laa... Lepaslah nak belanja makan minum untuk sebulan di Tanah Haram... hihihiiiii... 

Hari kelima, hari terakhir di Kota Mekah. Diatas permintaan para jemaah, depa nak ajak pi ke Kota Taif. In Syaa Allah admin bersama dengan team cuba aturkan. Alhamdulillah ada bas nak pi Taif, esok pagi lepas sarapan, pukoi 8 pagi waktu Saudi, tugasan bermula dengan membawa jemaah ke Taif dengan sedikit bayaran antara SAR120-150 (harga bergantung kepada pemandu bas). Sementara nak sampai Taif, admin sembang-sembang dulu dengan pemandu bas. Pemandu bas tu orang Indon. Rancak la kami berbual... hihihiiii...

Suasana di Bandar Taif

Lokasi pertama lawatan ke Masjid Abdullah Bin Abbas di Taif

Gambar diatas adalah lokasi pertama perhentian setelah hampir 2 jam perjalanan. Ini adalah salah sebuah masjid di Taif, suhu disini sudah mula terasa sejuk, lebih kurang suhu di Genting Highland lah... haaa... sejuk kan... 

Mutawwif bercerita tentang riwayat hidup Abdullah ibnu Abbbas sahabat dan sepupu Nabi SAW. Beliau dikurniakan kefahaman ilmu yang luas dan menjadi salah seorang ahli tafsir berkat doa Baginda Nabi SAW. 

Siap arahkan jemaah untuk ambik air sembahyang (sejuknya air tak tau nak habaq) kemudian pi sembahyang sunat dalam masjid (pintu masuk hadapan untuk jemaah lelaki dan pintu masuk belakang untuk jemaah perempuan). 

Setelah semua jemaah selesai melakukan solat sunat di masjid, kami bergerak ke Masjid Siku pula.

Masjid Siku

Di Masjid inilah Baginda Nabi SAW berdakwah kepada penduduk Taif, tapi tak diterima oleh penduduk disana. Waktu itu tahun ke 10 kerasulan Baginda Nabi SAW. Ketika itulah bapa saudara Nabi, Abu Talib meninggal dunia. Tak lama kemudian isteri Baginda Khadijah pula wafat. Bertambah sedihlah Baginda dan tahun itu dinamakan "Tahun Dukacita" Baginda terus berdakwah walaupun berbagai dugaan menimpa Baginda Nabi SAW.

Disinilah Baginda di keji dan dilempar dengan batu sehingga kaki Baginda berdarah terluka. Zayd bin Harithah khadam Nabi cuba melindungi Nabi hingga kepalanya juga terluka. 

Selesai bergambar di Masjid Siku, kami bergerak ke lokasi lain pula. Jom ke Masjid Saidina Ali. Kami hanya bergambar saja disini sebab nak kejar masa, perut pun dah bunyi lagu keroncong...

Pemandangan dalam Masjid Saidina Ali di Taif

Anak admin pulak nak bergambar depan Pintu Gerbang Taif

Dalam perjalanan nak pi makan, kami singgah sat dipasar buah. Masya Allah buah-buah kat sini, besaq-besaq, 2 kali ganda kalau banding dengan buah kat tempat kita. Fresh dan sedap pulak. Jemaah saya borong sakannn... depa kata murah, sedap pulak tuu... 

Sebelum ke pasar buah, tadi kami ada singgah di kilang membuat minyak wangi. Dalam perjalanan ke kilang, seluruh kawasan tu di tanam pokok bunga ros. Sampai saja dikilang, setiap jemaah dihidangkan dengan teh wangi yang dicampur dengan bunga ros. Sedap tehnya wangi pulak tu... 

Pemandangan kilang minyak wangi dengan tanaman pokok bunga ros 


Singgah ke Pasar Buah di Taif

Nak naik unta pun boleh - cuaca sejuk berkabus

Singgah makan nasi mandhi direstoran tok arab - kat luar sejuk dan berkabus tebal

Dah selesai makan perut pun dan kenyang, kami bertolak balik ke Safwah di Mekah. Rehat secukupnya sebab esok pagi nak bertolak ke Madinah pula. 

Umrah Santai Madinah
Di Madinah urusan daftar masuk hotel seperti biasa, wakil kami dah siap menunggu ketibaan kami. Siap serah kunci bilik kat depa semua. Admin pun nak rehat sat setelah perjalanan dengan bas memakan masa selama 4 jam.

Waktu solat maghrib dan isya' admin dan jemaah ke Masjid Nabawi. Selesai solat kami pun berkumpul di lobi hotel. Perbincangan dimulakan untuk admin bawa jemaah bersantai ke tempat bersejarah bermula esok selepas sarapan pagi. Ketetapan sudah dibuat dan semua sepakat untuk menaiki bas ke Masjid Quba'.

Seperti yang telah dijanjikan selesai saja solat subuh di Masjid Nabawi admin akan balik ke hotel untuk bersarapan. Satu jam kemudian kami pun berkumpul di lobi hotel dan terus bergerak ke bus stop yang berdekatan dengan Pasar Borong. 

Disebelah bus stop tu terletak Masjid Saidina Ali. Pagar Masjid selalu berkunci oleh pihak berkuasa Saudi, disebabkan banyak terjadinya perkara-perkara kurafat disitu. 

Admin ada juga nampak beberapa orang jemaah menyembah-yembah diluar pagar masjid. Untuk mengelakan perkara yang tak diingini terus terang admin katakan, admin tak pernah singgah luar masjid tu. Ini cuma nak ingatkan jemaah supaya berhati-hati bila berada dikawasan berdekatan masjid tu. 

Bas stop nombor 4. Semua bas yang berhenti kat situ, ada tulis Masjid Quba'. Naik aja kalau bas dah ada, tunggu sehingga bas berjalan.

Bus Stop bernombor 4, bas ke Masjid Quba'

Dalam bas - nak ke Masjid Quba'

Pak Abu belanja kami ke Masjid Quba' - Moga dimurahkan rezeki, Aameen

Tiket bas pergi dan balik ke Masjid Quba' SAR5

Pemandangan Masjid Quba' dari atas bas dibahagian belakang

Admin pun nak bergambar dalam Masjid Quba' jugak lah... hihihiiii

Dah selesai solat sunat dalam Masjid Quba', kami semua berkumpul pula dibelakang masjid dok sembang-sembang santai sambil makan kurma muda (yang kuning merah tu). Rasanya manis dan rapuh krab-krab, dapppp... Ada yang bergambar, ada yang dok menyoping tak habis-habis lagi... Umrah Santai katakannn...

Sejam kemudian barulah kami semua naik bas semula untuk balik ke hotel. Tapi kena ingat ya tuan-tuan semua. Bas tak balik ke tempat yang kita naik tadi. Bas akan ikut jalan belakang menghala ke Masjid Nabawi berdekatan Pintu 5, bus stop yang bernombor 3. 

Hentian bas terakhir dari Masjid Quba'

Sambil berjalan lenggang lenggok mak limah, kami berbincang nak kemana pula malam ni atau esok pagi. Seperti biasa saya cadangkan balik hotel rehat dulu, toksah dok gopoh-gapah, tenaga nak kena guna banyak, masa banyak lagi. Saya cadangkan esok pagi kita pi ziarah Masjid Saidina Abu Bakar dan Masjid Al-Ghamamah. Dekat saja, berjalan kaki guna tenaga sikit... jommm esok kita pakat pi... 

Keesokan pagi macam biasalah, seperti yang dijanjikan kami semua berkumpul dilobi hotel. Acara wajibnya ialah setiap pagi admin akan bawa jemaah ke Masjid Nabawi dulu. Solat sunat dan ziarah makam Rasul SAW serta sahabatnya. Kemudian barulah ke Masjid Saidina Abu Bakar. Dari Masjid Nabawi terus ke Pintu 5 dah boleh nampak Masjid Saidina Abu Bakar. 

Tak banyak sejarah tentang Masjid ini. Cuma Masjid ini pernah digunakan oleh Rasulullah SAW dan Saidina Abu Bakar untuk solat suatu ketika dulu. Disebelah Masjid Saidina Abu Bakar ini ada lagi sebuah Masjid yang ada juga sedikit sejarahnya.

Masjid Saidina Abu Bakar

Masjidnya ialah Masjid Al-Ghamamah. Mengikut sejarah, Baginda Nabi SAW pernah solat di masjid ini memohon dilindungi dari cuaca teriknya panas matahari. Setelah selesai solat Nabi pun memohon doa kepada Allah. Tiba-tiba awan mendung memayungi Nabi SAW. Begitulah nama Masjid Al-Ghamamah diberi sempena nama awan ghamamah.

Masjid Al-Ghamamah

Alhamdulillah, selesai 2 masjid tempat bersejarah yang dapat dilawati oleh jemaah semua. Oleh kerana waktu solat zohor pun dah dekat, kami semua pun ambil keputusan untuk balik ke hotel, berehat sat sebelum ke masjid untuk solat berjemaah fardhu zohor. 

Berbincang santai untuk hari esok nak kemana pula. Admin cadangkan esok In Syaa Allah kita ke Masjid Bilal bin Rabbah pula. Sembang punya sembang dah pun sampai depan hotel. Masing-masing jemaah balik kebilik. Esok pagi pula kita jumpa macam biasa.

Hari yang berikutnya routin seperti biasa selepas ziarah Nabi, kami semua berkumpul dekat Pintu Babus Salam. Cuaca pagi ni agak mendung sikit. Suhu pun 17 celsius dan ada sedikit rintik-rintik hujan. Moga hujan yang turun di pagi ini memberi kebaikan serta keberkatan, aameen... Jadi ziarah hari ni sedikit terbantut. Apa-apa pun admin berharap yang baik-baik saja. In Syaa Allah. Admin kata esok In Syaa Allah kita pi Masjid Bilal. Semua pun bersurai ikut haluan masing-masing. 

Bumi Madinah di timpa hujan rintik-rintik


Hujan membasahi bumi Madinah hingga ke petang


Lantai licin - kena beringat masa melangkah, dah ada jemaah terkangkang dah... hahaaa...

Hujan masih lagi turun renyai-renyai. Admin nak pi ronda-ronda sat, nak tengok stesen bas "Hop On Hop Off" pulak. Kot-kot la hujan berhenti, admin nak naik bas depa nak ronda Bandar Madinah. Jommmm.... 

Al-Azhery Bus Station, betoi-betoi dibelakang Hotel Hilton

Dah jumpa dah stesen bas, kena lintas jalan baru sampai kat kaunter juai tiket. Tapi hujan dok turun lagi. Kalau beli tiket nak kena naik bas, tiket valid 24 jam saja. Tak pa lah, kita ambik gambaq saja dulu lah. Tengok esok pula kalau cuaca baik, kita ronda dengan bas depa. Harga tiket SAR80, bermula di stesen ni, dan berakhir pun di stesen ni jugak.

Kaunter tiker bas "Hop On Hop Off"

Bas pun siap menunggu penumpang. Admin ketaq kaki tangan dah nak beli tiket nak naik bas. Tapi hujan tak berhenti lagi... Mau basah kuyup dalam bas. Bas 2 tingkat, bawah dah penuh, tingkat atas pulak bumbung tak tutup sepenuhnya, adoiii..., macam mana ni..., tepuk dada tanya selera... Nampak gaya tak jadi lah, lain kali saja lah... uhuhuuuu...


Stesen bas "Hop On Hup Off"

Dibawah ni admin letak flyer route map bas "Hop On Hop Off" harap-harap dapat membantu pada jemaah yang nak rasa pengalaman naik bas ni.

Route bas

Dalam perjalanan nak balik ke hotel, admin teringat nak makan sup kambing. Hujan-hujan ni makan sup kambing, apa nak kataaa.... sedap oooo... So admin berjalan balik pelan-pelan meredah rintik-rintik hujan. Lintas 2 jalan besar terus nampak Restoran Indon. Naik eskelator ke tingkat 1. Disitulah restorannya. Admin beli sup kaki kambing dengan nasi putih, bawa balik ke hotel, panaskan sup pakai heater, perhhhhhh dapppp... 

Restoran Indon di Madinah

Dilobi hotel admin berjumpa dengan jemaah admin. So admin cadangkan malam ni lepas solat isya' kalau cuaca elok, nak bawa depa pi Masjid Saidina Omar Al Khatab pulak. Depa pun setuju, mana boleh depa tak setuju, sebab hari ni depa tak boleh pi mana-mana pun pasai hujan dari pagi sampai ke petang. 

Dalam perjalanan nak balik ke hotel tadi, admin teringat nak beli buah tin, so kena p pasar borong lah... Hujan tak berenti lagi. Dalam hujan admin berjalan ambil short cut masuk pintu 17 Masjid Nabawi dan keluar ikut pintu 15 yang berhampiran pasar borong. Tengok-tengok Tok Arab pun tutup. Depa pakat tak menjuai sebab hujan. Hmmm... esok pulak lah jawab dia...

Pasar Borong Madinah - tutup sebab hujan

Malam ni pulak kita nak pi Masjid Saidina Omar Al Khatab. So kami berjalan di celah-celah lorong antara bangunan hotel yang sedang dalam pembinaan. Banyak jugak pembinaan hotel-hotel baru kat sini.

Kedudukan Masjid Saidina Omar Al Khatab ni dicelah-celah bangunan hotel yang tinggi-tinggi, kalau tak perhati betoi-betoi mesti tak jumpa punya. Admin dulu pun 3 kali round baru nampak. 

Masjid Saidina Omar Al Khatab

Sayangnya "Under Construction" tak boleh masuk. Tengok dari luar dan ambil gambar saja...In Syaa Allah tahun depan sempat siap kot. Kalau dah siap nanti kita mai sembayang di masjid-masjid yang Nabi SAW pernah sembahyang. Ambik berkat Nabi, In Syaa Allah. 

Masjid ni juga tak banyak sejarah, cuma Nabi SAW pernah solat di masjid ni. Jadi admin mengambil keberkatan ini membawa jemaah melihat sendiri dimana Nabi SAW pernah solat dimana-mana masjid di bumi Madinah ni.

Close-up dari angle lain

Jam ditangan pun kata pukoi 11 malam waktu Saudi. Jom balik tidoq dulu, esok pagi lepas subuh, routin macam biasa selepas ziarah Maqam Nabi SAW, kita pi pulak Masjid Bilal bin Rabbah, In Syaa Allah. 

Masjid Bilal bin Rabbah ni jauh sikit, lebih kurang 1.5 km dari hotel kami. Letaknya Masjid Bilal ni di seberang Fly Over. Jadi kami sambil berjalan-jalan sembang santai, lintas 4 ke 5 bangunan hotel. Lintas di bawah Fly Over dah nampak Masjid Bilal. 

Sedikit cerita yang admin tau mengenai Masjid Bilal bin Rabbah ni. Di tapak Masjid ini lah dahulunya rumah Bilal suatu ketika dulu. Beliau seorang tukang azan kepada Nabi SAW. 

Sesudah wafatnya Nabi SAW, Bilal terus berhenti melaungkan azan yang ketika itu di pimpin oleh Saidina Abu Bakar As Siddiq. Bilal memohon untuk keluar dari bumi Madinah dan pergi ke Syam ketika itu dan sekarang di sebut Syria. Beliau meninggal dunia pada umur 63 tahun di Damsyik. Wallahu A'lam... Setakat tu saja yang admin tau. 

Masjid Bilal bin Rabbah

Dihujung Masjid Bilal bin Rabah tu ada Monument "Al Madinah". Kalau tak nampak Masjid Bilal, tapi ternampak monument tu, kira dah ada area Masjid Bilal lah tu. 

Mercu tanda Al Madinah

Jom kita berjalan sikit ke depan, kat situ pun ada pasar Bilal. Kalau nak window shopping pun boleh, nak menyopping pun boleh... jom tengok depa juai apa... 

Pasar Baru di Masjid Bilal



























Penuh pungkoq lori depa boh barang-barang jualan...


Meriah jugak Pasar Bilal ni noo...

So, habis satu bab berkenaan dengan Masjid Bilal bin Rabbah. Tiba masanya nak berjalan balik ke hotel. Ada jemaah yang dok hurut-hurut kepala lutut dah... hahahaaaa... Sat lagi sampai hotel sapu minyak angin banyak-banyak sikit naa... Esok kalau larat lagi kita pi area dekat dengan hotel sudah laa... 

Selang sehari yang berikutnya admin nak bawa jemaah pi ke Perkuburan Baqi'. Kelmarin aktiviti bebas admin bagi kat depa, jadi hari ni lepas sarapan kat hotel, kami berkumpul di lobi. 

So, kami berjalan ramai-ramai ke Masjid Nabawi, solat sunat, ziarah Maqam Nabi dan sahabat dan berkumpul semula di pagar Perkuburan Baqi'. Alhamdulillah pagar kubur baru saja dibuka.

Suasana di dalam kawasan Perkuburan Baqi'


Adik admin ajak bergambar

Hari ni kita mai pasar borong di Madinah, bersebelah dengan hotel saja. Admin tak dan nak habaq apa aihhh... depa terpa tu ka macam baru terlepas dari reban ayam.. Admin biaq depa beli puas-puas. Ada yang 2 ke 3 kali ulang alik. Naik simpan kat hotel, pastu turun pulak mai borong lain. 

Di tapak pasar borong ni lah jugak sahabat Nabi SAW, Abdul Rahman bin Auf mula berniaga unta. Dia adalah salah seorang sahabat yang dijanjikan syurga. Hasil perniagaan unta itulah beliau menjadi kaya raya.

Meriah laa mak admin dok beli cekelat kat cucu-cucu dia... 











Lelong - 2 biji jam SAR10 saja...

Sat lagi lepas solat zohor admin nak bawak depa tempat bersejarah lain pulak, sebelah pasar borong saja. Tempat "Baiat" atau disebut juga "Peristiwa Saqifah" Dimana Saidina Abu Bakar dilantik menjadi Khalifah Islam yang pertama setelah kewafatan Nabi SAW.

Terjadi sedikit kekalutan ketika itu, tentang siapakah yang akan memimpin penduduk Islam di Madinah. Penduduk Madinah, kaum Ansar dan Muhajirin masing-masing ada pilihan mereka sendiri. Tetapi setelah perbincangan demi perbincangan dibuat, maka keputusan telah dicapai dengan melantik Saidina Abu Bakar lah yang layak sekali.

Tempat Baiat Saidina Abu Bakar menjadi Khalifah Islam yang Pertama 


Jemaah mendengar cerita Peristiwa Saqifah

Alhamdulillah... selesai sesi Umrah Santai untuk hari ni. Esok kita cadang nak pi Muzium Nabi pulak lah.

Petang ni selepas solat Asar berjemaah di Masjid, kami semua menuju ke Muzium Nabi SAW. Depa pakat teruja laa nak pi Muzium, sebab kebanyakkan depa yang pernah mai umrah, tak pernah dibawa ke Muzium ni. 

Kami ambil masa sejam lebih jugalah berlegar-legar dalam muzium samil bergambar. Di muzium ni kisah Nabi SAW dari zaman kanak-kanak, kisah ibu susuan Nabi, semasa remaja, dewasa dan Nabi menjadi Rasul sehinggalah Nabi SAW wafat. Keluar dari muzium ni, masuk pintu sebelah, ada pula salasilah keturunan Nabi. Salasilah keturunan dari Nabi Allah Adam hinggalah ke Nabi Muhammad SAW. 


Replika Masjid Nabawi semasa awal pembinaan 

Replika rumah Nabi SAW

Replika rumah...

Disebabkan hand phone buat hal sikit, hat tu saja gambaq yang admin boleh upload pun. Gambaq-gambaq lain tak tau pi mana habis uhuhuuu... Tak pa, nanti kita mai amik gambaq lain. In Syaa Allah. 

Tiba masanya nak balik ke hotel untuk merehatkan badan sebab sat lagi dah nak maghrib dah. Depa ajak pi pekena nasi arab pulak dahhh... So kami berjalan pi cari restoran Pakistan dekat dengan Masjid Abu Bakar, Alhamdulillah kenyang dah perut nii... 

Tudia nasi kambing... Allahu Akbar, dappp...

Sambil dok makan santai-santai kami berbincang pula destinasi esok nak pi mana? So, admin yang dok bawa depa, admin kena bagi cadangan lah... Rasa-rasa nak bawa depa semua pi ke Stesen Keretapi Laju Haramain.

Esok pagi routin macam biasa juga, kami semua berkumpul di lobi hotel. Admin pi tanya van tok arab. Tok Arab tu mintak SAR50 pergi balik. Kami pun naik van ke stesen keretapi. 

Pemandangan luar Stesen Keretapi Laju Haramain
 
Sebahagian dari jemaah dok posing depan Stesen Keretapi


Bergambar di dalam Bangunan Stesen Keretapi 

Cantiknya pemandangan dalam Stesen Keretapi Haramain nii...


Keretapi pun dah siap menunggu penumpang

Admin dah teruja nak naik keretapi laju ni, so admin pi tanya kat kaunter tiket. Kata petugas dikaunter tu, SAR125 oneway, sat lagi keretapi nak gerak dah, kalau nak naik, cepat ambil tiket. Admin tanya pulak, sat lagi keretapi balik mai pukoi brapa pulak, dia kata hari ni tak balik, esok baru keretapi ni balik mai. Alamakkk... Jawabnya, lain kali lah kita naik. 

In Syaa Allah trip Umrah Santai yang akan datang ni, admin akan cuba aturkan supaya jemaah naik di Jeddah dan turun di Madinah. Semua pakat dok tanya, bila admin nak mai pulak, kami nak ikut admin. Admin kata, In Syaa Allah hujung tahun ni pulak. 

Jadi kami balik ke hotel dengan sikit perasaan kecewa tapi keterujaan Umrah Santai tetap menyengat dalam hati sanubari kami. In Syaa Allah lain kali admin akan cuba atur sebaik mungkin. 

So, nak ambil hati jemaah yang kecewa tu, admin kata, esok malam nak bawa depa semua pi Muzium Al-Quran. Semua bersorak yeaaa... Alhamdulillah, yang pasti, janji jemaah seronok dan berpuas hati. Kita merancang, Allah yang menentukan segala. Yang pasti perancangan Allah tu lah yang terbaik. 

Jadi, malam ni dah berjanji nak bawa jemaah ke Muzium Al-Quran. Depa pakat teruja laa tak tau nak habaq... Lepas solat isya' saja, dok tunggu admin kat lobi dah. Tak sabaq depa kata nak pi Muzium Quran. 

Kami pun berjalan dari hotel menusuri pagar 15 Masjid Nabawi dan keluar melalui pagar 5 Masjid Nabawi. Ternampak diseberang sana sebuah bangunan melintang memanjang diluar pagar Masjid Nabawi. Disitulah letaknya Muzium Quran. 

Muzium Al-Quran diwaktu malam


Pintu masuk Utama Muzium Al-Quran


Al-Quran yang berusia lebih dari 100 tahun


Sebahagian dari Al-Quran yang terdapat di Muzium


Wide screen tayangan video menceritakan sejarah Islam

Lebih kurang sejam juga berada dalam muzium, kami pun beredar melangkah kaki balik ke hotel. Admin kata kat jemaah, kita hanya ada 3 hari saja lagi sebelum balik ke Malaysia. Mulai esok hingga hari nak bertolak balik, admin bagi kebebasan untuk jemaah. 

Mulalah terdengar, ada yang nak menyoping sakan, ada yang kata tak beli buah tangan lagi kat anak, kat mak pak, kat anak buah dan macam-macam lagi lah. 
 
Tiba hari nak berangkat balik ke Malaysia, sesudah subuh, admin dan jemaah semua melakukan ziarah wida' ke Maqam Nabi SAW. Memohon doa agar dijemput lagi kami ke Tanah Haram ni. 

Pintu Babus Salam menuju terus ke Maqam Nabi SAW

Perasaan sebak pilu terpancar disetiap wajah jemaah. Maklumlah dah lama berada dengan Nabi SAW., tiba-tiba nak tinggalkan Nabi, sedih laa... Admin pun sebak dan meleleh air mata, tak boleh nak tahan dah...


Ziarah Wida' Makam Rasul serta sahabat

Balik ke hotel, bas dah sedia menunggu kami. Setelah bag yang beranak-pinak dimasukkan kedalam bas dan memastikan semua jemaah dah berada atas bas, kami pun bertolak ke air port Madinah. 

Lapangan Terbang Madinah 





Boss admin sendiri yang pi checkin


Sementara tunggu flight - pekena Mc D dulu


Layan lah movie ikan jerung sat


Alhamdulillah - flight tak penuh pun

In Syaa Allah kami akan kembali lagi ke bumi yang penuh barakah ini. Semoga semua jemaah selamat sampai ke tanahairku Malaysia. Dalam flight kebanyakkan jemaah, zzzzzz. 

Alhamdulillah dah selamat touch down di KLIA. Di pendekkan cerita, sampai saja di pintu keluar ketibaan, bas dah siap menunggu, masukkan bag dalam bas, jemaah pun dah cukup dalam bas, terus menghala balik ke Alor Setar. 

Demikianlah ceritanya Umrah Santai. Semoga dengan penceritaan ini boleh menjadi panduan untuk mereka yang sedang merancang dan mencari syarikat umrah dan pakej yang sesuai. Wallhu A'lam... 

Mungkin terdapat sikit kecacatan atau kesalahan dari penceritaan diatas, sebagai manusia biasa yang tak lekang dek kesilapan, admin menyusun sepuluh jari mohon  ampun dan maaf. Teguran membina dialu-alukan. Admin akan update dari masa ke semasa.

Tidak kira dimana jua negeri anda berada didalam Malaysia. Jika tuan-tuan berhajat untuk menunaikan umrah secara santai, bolehlah hubungi saya (Mukhriz). Anda ada pertanyaan? Hantar WhatsApp ke 01118974328 atau email : pos2gua@gmail.com 

Terima kasih pada jemaah yang telah mendaftar. Selamat berangkat ke Tanah Suci pada 8hb Dis 2019 dan pada 22hb Dis 2019. Moga mendapat Umrah yang Mabrur... Aameen Ya Robbal 'Aalameen...

Wassalam dari Admin. 


Comments